Skip to main content

Bola Sepak

Kim Min-jae jadi rebutan dua gergasi EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kim-min-jae.jpg
Newcastle United muncul sebagai pesaing terbaru untuk menandatangani pertahanan Napoli, Kim Min-jae. 

Berdasarkan laporan The Sun, pemain antarabangsa Korea Selatan berusia 26 tahun yang mempunyai klausa pelepasan £42 juta (RM243.6j) itu dilaporkan hampir memeterai perjanjian dengan Manchester United.

The Red Devils juga antara beberapa kelab yang menjejaki pemain tengah Chicago Fire, Brian Gutierrez, 19. 

 
Tetapi menurut Daily Mirror, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dan Rangers berdepan kekangan untuk mendapatkan permit kerja buat pemain muda Amerika Syarikat itu. 

Sementara itu, tonggak Villareal, Pau Torres, muncul sebagai sasaran utama Aston Villa. 

Menurut Daily Mirror, Villa telah membuat tawaran untuk pertahanan Sepanyol berumur 26 tahun itu.

Penyerang Arsenal, Folarin Bolagun, pula menjadi rebutan di bandar Milan. 

Penyerang kelahiran Amerika berusia 21 tahun itu mempamerkan prestasi mengagumkan ketika dipinjamkan ke Reims musim lalu dan bersedia meninggalkan Emirates pada musim panas.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video