Skip to main content

Bola Sepak

Kia Malaysia jalin kerjasama bersama FAM

fam-jalin-kerjasama-dengan-kia-malaysia.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjalin kerjasama bersama Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. (DJM) menerusi 3 unit kenderaan utiliti besar (GUV) KIA Karnival 2022 untuk kegunaan skuad Harimau Malaya.

Cetusan idea kerjasama itu bermula sebaik prestasi luar biasa Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia secara automatik walaupun tidak memiliki tempoh masa panjang bersama jurulatih baru Kim Pan-gon.

Menurut Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, kerjasama bersama DJM ini telah bermula pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 Jun lalu namun kerjasama berkenaan ketika itu khusus untuk tempoh kejohanan sahaja.

“Menerusi kejayaan serta persembahan berkualiti Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia berjaya menarik perhatian DJM untuk meneruskan jalinan kerjasama bersama kami sekali gus menjadi rakan rasmi automotif FAM dan Harimau Malaya.

“Sebagai presiden FAM, sudah tentu jalinan kerjasama ini adalah pencapaian yang amat membanggakan di mana FAM dapat meluaskan lagi hubungan strategik bersama syarikat-syarikat gergasi di luar sana.

“Harapan saya menerusi jalinan kerjasama bersama DJM, ia dapat memberi motivasi kepada skuad Harimau Malaya untuk terus melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia,” kata Datuk Haji Hamidin.

Advertisement

Must Watch Video