Skip to main content

Bola Sepak

Khedira terlepas aksi final Coppa Italia

14517sami-khedira.jpg
Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri, mengesahkan bahawa pemain tengah, Sami Khedira, bakal terlepas aksi final Coppa Italia kerana mengalami kecederaan.

Pemain kebangsaan Jerman itu mengalamai kecederaan pangkal paha selepas beraksi selama 10 minit dalam aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Monaco, Rabu lalu.

Khedira menegaskan kecederaan itu "tidak serius" dan berharap dapat mempersiapkan diri bagi aksi final Coppa Italia bertemu Lazio, 17 Mei ini.

Bagaimanapun, Allegri mengesahkan pemain itu tidak dapat diturunkan dalam perlawanan seterusnya dan dua aksi Serie A berdepan Roma dan Crotone.

Masih tiada lagi kata putus sama ada Khedira dapat beraksi dalam perlawanan terakhir musim ini berdepan Bologna dan aksi final UCL dengan Real Madrid pada 3 Jun nanti.

"Melihat Khedira beraksi dalam final Coppa Italia atau berdepan Crotone minggu hadapan adalah mustahil," kata Allegri.

"Kami akan menilai perkembangannya hari demi hari untuk dia beraksi dalam final UCL."

Khedira merupakan pemain utama dalam misi 'treble' Old Lady musim ini, dengan tampil dalam 44 perlawanan semua pertandingan dan berjaya meledak lima gol.

Juve boleh menjuarai Scudetto buat kali keenam jika meraih satu mata berdepan Roma.

Advertisement

Must Watch Video