Skip to main content

Bola Sepak

Khedira kembali perkuat Juventus

sami-khedira_.jpg
Sami Khedira kembali menyertai skuad Juventus untuk aksi Serie A di laman sendiri berdepan AC Milan.

Khedira tidak beraksi sejak Februari lalu kerana mengalami masalah jantung tetapi sudah diberikan lampu hijau untuk beraksi.

Ketersediaan pemain tengah itu akan memberikan lonjakan kepada pengendali pasukan, Massimiliano Allegri, untuk meneruskan baki saingan musim ini.

Khedira tersenarai dalam skuad 20 pemain untuk berdepan Milan, namun kelibat Cristiano Ronaldo dan Douglas Costa masih perlu diketepikan.

Allegri menjangkakan Ronaldo akan tampil berdepan Ajax dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), Rabu ini.

Juve akan menjuarai Serie A hujung minggu ini jika mereka mengatasi Milan sementara Napoli tewas kepada Genoa.

Advertisement

Must Watch Video