Skip to main content

Bola Sepak

Khairil Anuar malu lakonan sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-anuar-zamri.jpg
Pemain tengah Petaling Jaya City, Khairil Anuar Zamri, berasa kesal, malu dan bersalah  atas 'lakonannya' terhadap Fairuzi Md Desa hingga menyebabkan pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digantung tugas.

Semalam, badan induk itu menggantung Fairuzi selama dua minggu dengan serta merta kerana membuat kesilapan gagal mengesan simulasi pemain itu selain menghadiahkan sepakan penalti ketika bertemu Melaka United, Rabu lalu. 

Malah, dia sendiri tidak terlepas akan berdepan Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Ingin menjernihkan hubungan bersama pengadil dan peminat, Beto membuat permohonan maaf secara terbuka yang dikongsi kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya minta maaf kepada Jawatankuasa Pengadil FAM atas apa yang saya lakukan. 

"Dalam bola sepak, tindakan seperti itu umpama tiada semangat kesukanan. 

"Insya-Allah saya akan lebih belajar daripada kesilapan ini," kata bekas tonggak Perak FC itu. 

 

KIPRE HORMATI PJ CITY Bermain sebagai satu unit dan bekerja keras sepanjang permainan menjadi antara elemen kekuatan PJ...

Posted by PJ City FC on Tuesday, March 16, 2021


Khairul Anuar juga menyedari kelibatnya di atas padang pasti akan lebih menjadi tumpuan dan tidak mustahil sukar memenangi hati pengadil biarpun diterjah. 

"Kalau saya sendiri tengok rakaman pun malu, apatah lagi orang lain. Benda itu macam bodoh. 

"Cuma saya sudah sematkan dalam fikiran, sekalipun saya jatuh betul selepas ini, sukar untuk pengadil berikan (sepakan percuma) sebab satu Malaysia sudah tengok.

"Saya perlu lebih tabah, belajar daripada situ dan fokus ke depan," tambahnya. 

Begitupun, dia memohon peminat agar tidak bertindak terlalu jauh hingga melibatkan keluarga. 

"Saya tidak setuju apabila keluarga dikaitkan dan orang tuduh saya makan duit haram.

"Saya boleh terima makian dan kritikan tetapi jangan libatkan keluarga."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video