Skip to main content

Bola Sepak

Ketua Kampung Likas ada pesanan selepas terpaksa tinggalkan Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tae-su-sabah-fc.jpg
Bekas kapten Sabah, Park Tae-su, akur apabila kontraknya tidak disambung kelab itu menjelang musim baru ini.

Tae-su, yang digelar Ketua Kampung Likas oleh penyokong Sabah, menyertai kelab itu pada 2019 dan sejak itu, pertahanan tengah berkenaan telah melakukan 99 penampilan dan menjaringkan 20 gol.

Di sebalik reputasi itu, kontraknya bersama 12 lagi pemain Sabah tidak disambung musim depan dan pemain berusia 35 tahun itu jelas kecewa dengan keputusan berkenaan.

"Terima Kasih Sabah FC, walaupun pahit saya tetap telan kerana ini adalah sebahagian ataupun lumrah bola sepak. 

"Cuma saya harap pada masa depan, kelab boleh bersikap lebih profesional dalam melayan kami sebagai pemain, kami juga manusia.

"Saya masuk Sabah FC dengan cara yang baik pada tahun 2019, harapan saya untuk keluar dari pasukan juga dengan cara yang sama. Tapi dari bulan Januari, janji untuk duduk semeja dengan saya berbincang.

"Masa demi masa saya tunggu kerana setia dan sayang saya dengan pasukan (tidak mencari peluang/pasukan lain). Tidak ada jawapan cuma, 'Nanti kita jumpa'.

"Bila musim sudah tamat, saya tanya lagi masih sunyi sepi," katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Selain Tae-su, Sabah turut melepaskan Irfan Fazail, Saddil Ramdani, Telmo Castanheira dan Haris Stamboulidis.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video