Tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid, percaya terhadap kemampuan pasukannya untuk meraih keputusan positif berdepan Jordan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai suntikan semangat sebelum menghadapi Indonesia, Khamis depan.
Safawi mempunyai pengalaman tersendiri ketika berdepan pasukan di ranking ke-99 dunia itu dalam kariernya.
Ketika itu tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan mewakili skuad B-23 negara dalam Kejohanan AFC B-23 di China, awal tahun lalu.
Safawi menghasilkan gol menerusi sepakan penalti untuk mengikat lawan 1-1 dalam aksi kumpulan kejohanan itu.
Sekalipun di peringkat umur berbeza, dia menganggap ia tetap menjadi motivasi terbaiknya untuk aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
"(Mereka memiliki) kelebihan daripada segi fizikal tetapi kami perlu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk aksi esok.
"Kami akan tetap mempamerkan semangat juang tinggi walaupun ini adalah perlawanan persahabatan," katanya.
Safawi akan beraksi di posisi kegemarannya di sayap kanan susulan Mohamadou Sumareh tidak boleh diturunkan ekoran penggantungan perlawanan.
Dia dijangka membentuk trio serangan bersama-sama Shahrel Fikri Md Fauzi dan Norshahrul Idlan Talaha untuk aksi pemanas badan itu.
"Ramai lagi pemain yang mampu untuk duduk di tempat dia, seperti saya, Akhyar Rashid, Hadin Azman dan Shahrel Fikri.
"Itu bukan masalah bagi kami," katanya.