Skip to main content

Bola Sepak

Ketiadaan Latiff, Lutfulla jejas rentak Terengganu - Irfan

ibas2.jpg
Ketiadaan dua tonggak, Abdul Latiff Suhaimi dan Lutfulla Turaev, disifatkan pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, sebagai faktor kegagalan pasukannya menyerap serangan Kedah dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA, semalam.

Menurutnya, kelibat tiga pemain tengah tempatan yang dipertaruhkan, Abdul Shukor Jusoh, Mohd Faiz Nasir dan Shahrin Sapien ternyata gagal menandingi kelebihan fizikal lawan.

“Ketiadaan dua pemain ini begitu dirasai kerana kami gagal menguasai bahagian tengah, hantaran-hantaran yang tidak menjadi serta takut untuk mengawal bola.

“Malah, barisan serangan juga gagal menerima bola dengan baik yang biasanya dilakukan Lutfulla,” kata Irfan.

Jaringan tunggal Mohd Farhan Roslan sedikit memberi kelebihan kepada Kedah, namun ia tidak menggusarkan Irfan yang sebaliknya yakin Sang Penyu mampu bangkit dalam aksi timbal balik, 13 Mei ini.

Apa yang penting, ujarnya, pemain-pemain beraksi lebih tersusun dan mempamerkan satu persembahan terbaik untuk mengatasi defisit satu gol untuk seterusnya melangkah ke perlawanan akhir.

“Masih ada 90 minit di Kuala Terengganu dan saya yakin dengan kekuatan pasukan ini,” tambah Irfan lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video