Skip to main content

Bola Sepak

Ketiadaan Kedah, Sri Pahang  kehilangan besar buat bola sepak Malaysia -- Pemerhati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal-abidin-hassan.jpg
Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Zainal Abidin Hassan, menganggap ketiadaan Kedah Darul Aman dan Sri Pahang dalam saingan Liga Super musim depan akan menjadi satu kehilangan besar buat bola sepak negara.

Katanya, Tok Gajah dan Sang Kenari merupakan kelab yang memiliki nilai komersial dan sejarah gemilang tersendiri.

Zainal Abidin, yang pernah bertindak sebagai ketua jurulatih Tok Gajah, berharap agar pihak pengurusan kelab itu dapat segera menyelesaikan kemelut yang melanda untuk kekal berada dalam peta bola sepak domestik.

"Pahang merupakan pasukan elit dan perlu berada dalam kancah bola sepak Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Jadi, sama-samalah kita doakan agar Pahang kekal di dalam Liga Bolasepak Malaysia

"Sama, Kedah juga pasukan elit. Masih ada masa untuk mereka membincangkannya.

"Seandainya Kedah dan Pahang tiada, bermakna ia satu penurunan.

"Saya harap pasukan-pasukan elit yang sudah ditubuhkan sekian lama seperti ini akan kekal berada dalam kancah bola sepak kita," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video