Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Ketajaman Erling Haaland pasti bayangi Robert Lewandowski -- Rose

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haaland.jpg
Erling Haaland pasti lebih berbisa menjelang pertembungan dalam Piala Super DFL di antara Borussia Dortmund dengan Bayern Munich, awal pagi esok. 

Haaland merupakan bintang luar biasa Dortmund apabila merekodkan 62 gol dalam 61 perlawanan sejak kemunculan pertamanya untuk kelab itu pada Januari 2020.

Dalam kalangan pemain dalam lima liga utama di Eropah, hanya Robert Lewandowski (74 dalam 63 perlawanan) daripada Bayern telah meledak lebih banyak gol daripadanya sementara kadar percubaan Haaland setinggi 33.3 peratus adalah yang terbaik antara pemain yang mempunyai 20 gol dan ke atas. 




Baru dua perlawanan dalam kempen 2021-22, penggempur tinggi lampai itu sudah menyumbat hatrik dalam Piala Jerman di Wehen Wiesbaden selain dua gol liga ke atas Eintracht Frankfurt.

Di sebalik memuji Haaland menjelang pertemuan mereka, pengurus Bayern, Julian Nagelsmann menegaskan bahawa anak buahnya, Lewandowski, telah membuktikan kelasnya selama beberapa tahun.

Justeru, rakan sejawatannya di  BVB, Marco Rose, melaungkan bahawa Haaland masih boleh meningkatkan kualiti permainannya. 

"Erling mahu menjadi pemain yang serba lengkap -- dia sendiri yang berpesan begitu -- dan dia mempamerkan kemajuan," kata Rose.

"Dia masih muda dan berpotensi tinggi untuk berkembang. Dia juga menyedarinya. 

"Bayangkan jika dia memanfaatkan kemampuannya sepenuhnya, apa yang akan terjadi terhadap permainannya. Kami sedang berusaha bersama-sama."

Haaland juga mencipta gerakan gol ketika menentang Frankfurt dengan Thorgan Hazard penerima pertama gerakannya. Hazard, bagaimanapun, bakal terlepas perlawanan menentang Bayern.

Dortmund memasuki perlawanan ini dengan rentak kemenangan dalam Bundesliga sementara juara bertahan itu hanya mampu seri di Borussia Monchengladbach, hujung minggu lalu. 

Rose memberi amaran mereka pasti akan lebih mengancam pada musim ini. 

"Setiap perlawanan adalah kayu ukur. Kami perlu berusaha untuk menang," katanya.

"Ini adalah satu pertembungan berprestij menentang Bayern dan ia akan membuka peluang untuk merebut gelaran -- itu sebabnya kami harus mencuba memenanginya. Kami ingin membuktikan bahawa kami sudah bersedia untuk berjuang pada musim ini."
 

Advertisement

Must Watch Video