Hasrat Terengganu untuk meneruskan rentak cemerlang dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai mangsa terbaru nyata hampa apabila ditundukkan The City Boys itu 3-0 dalam Liga Super di Stadium Cheras, semalam.
Terengganu mahu mencari kemenangan keempat berturut turut ketika Kuala Lumpur pula mahu keluar daripada tempoh tidak konsisten akhir-akhir ini.
Ternyata beraksi selaku pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur lebih bernasib baik kali ini.
Hakikatnya, Terengganu lebih mendominasi permainan sebaik wisel permulaan ditiupkan menerusi pelbagai asakan daripada kapten, Kipre Tchetche, Lee Tuck dan Bruno Suzuki.
Bagaimanapun, jaringan Kuala Lumpur yang dicetak Zhafri Yahya pada akhir babak pertama menyentak rentak dominasi pasukan Pantai Timur itu.
Memasuki babak kedua, anak buah Fabio Maciel itu sekali lagi merobek gawang Terengganu menerusi Guilherme de Paula pada minit ke-46.
Terengganu semakin hilang punca, dengan kesilapan kali kedua penjaga gol Terengganu, Wan Muhammad Azraie Wan Teh, membuatkan Terengganu sekali lagi dihukum, kali ini melibatkan sepakan percuma Paulo Josue Sturmer pada minit ke-81
"Itu sebabnya mereka mempunyai 21 mata. Kami tahu ia akan menjadi perlawanan sukar. Kami membuat persediaan untuknya.
"Kami juga membuat persediaan rapi dengan set piece sebab kami kerap kali bolos menerusi set piece," kata Maciel.
"Ada kesilapan budak sekolah daripada penjaga gol (kami). Tiada masalah lagi. Tetapi dalam gol kedua, komunikasi di antara pertahanan kanan dan tengah menjadi punca. Jaringan itu membunuh kami," kata jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim.