Skip to main content

Bola Sepak

Kesilapan pemain jadi punca tewas -- Dollah

dollah-salleh_1.jpg
Pahang menyaksikan rekod tanpa kalahnya di laman sendiri lebur di tangan Kelantan selepas tewas 2-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

Pengendalinya, Dollah Salleh, tidak menyembunyikan rasa kecewanya selepas menyaksikan pasukannya gagal dalam tiga percubaan berturut-turut untuk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Biarpun dua kali bangkit menyamakan kedudukan, segala usaha itu bertukar sia-sia apabila Mohammed Ghaddar menghukum kecuaian pemain Pahang dalam kawasan sendiri.

"Pemain melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dan disebabkan itu, kami menerima padah. 

"Dua gol Ghaddar berpunca daripada kesilapan kami," jelas Dollah.

Sementara itu, pertahanan muda Kelantan, Mohamad Qayyum Marjoni, berasakan menewaskan Pahang sebagai satu keputusan membanggakan.

Malah, kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah Kelantan di luar Kota Bharu kepada enam perlawanan dengan lima kemenangan berjaya diraih.

"Kami bermain ikut arahan jurulatih. Kami bermain dengan tenang dan tidak terlalu terburu-buru. Alhamdulilah kami berjaya menjaringkan gol menerusi serangan balas sepertimana yang dimahukan jurulatih," jelas Qayyum.

Advertisement

Must Watch Video