Gennaro Gattuso memuji persembahan AC Milan tetapi berasakan gagal mempertahankan kedudukan 1-0 sebelum tewas 1-2 kepada Juventus di Stadium Allianz, awal pagi tadi.
Milan mendahului separuh masa pertama menerusi jaringan ke-21 Krzysztof Piatek dalam saingan Serie A tetapi Mateo Musacchio menjatuhkan Paulo Dybala untuk penyerang itu menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Moise Kean meledak jaringan kemenangan buat tuan rumah.
Gattuso mengenal pasti persembahan berdepan Juventus sebagai yang terbaik untuk tahun ini, namun mengakui gagal mempamerkan persembahan terbaik dalam babak kedua, sama seperti ketika tewas 3-1 musim lalu.
"Ia merupakan persembahan terbaik bagi 2019," kata Gattuso. "Kami tewas pada 20 minit terakhir permainan, bukan kerana Juventus bermain baik tetapi kesilapan yang kami lakukan.
"Perkara ini boleh berlaku dalam bola sepak. Musim lalu, Milan bermain dengan baik di Stadium Juventus tetapi gagal mengekalkan aksi konsisten hingga penghujung permainan."
Gattuso tidak akan tergugat dengan kritikan yang bakal diberikan kepadanya selepas tewas kerana dia menegaskan tidak akan terkesan dengan pandangan pihak lain.
"Saya tidak mengambil kisah apa yang dikatakan oleh orang lain. Mungkin kerana saya telah banyak menjuarai gelaran bersama kelab ini sebagai pemain dan semua mengharapkan saya dapat meneruskannya.
"Saya hanya mahu dinilai apa yang telah saya lakukan sebagai jurulatih. Salah satu rahsia ialah tidak mengendahkan sebarang kritikan kerana saya sendiri tidak membaca apa yang ditulis dalam akhbar."