Jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, mengakui kelekaan barisan pertahanannya hampir meragut kemenangan 2-1 ke atas Pahang dalam suku akhir pertama Piala FA, semalam.
Berdepan juara bertahan itu, TFC bermula garang dengan mendahului dua gol menerusi Abdul Malik Mat Ariff dan Tchetche Kipre dalam separuh masa pertama.
TFC kemudian mengendurkan asakan dan Ze Love memberikan gol berharga buat Pahang, sekali gus menghidupkan peluang skuad Tok Gajah itu menjelang aksi timbal balik minggu depan.
Menurut Irfan, kegagalan menghalang hantaran Matthew Davies serta membenarkan Ze Love bergerak bebas memberikan Pahang peluang untuk bangkit.
"Khairul Anwar (Shahrudin) lambat memberikan tekanan manakala (Igor) Zonjic sepatutnya menjalankan tugas mengawal Eduardo.
"Saya memuji bek kiri (Adib Aizuddin) yang sentiasa mengekori (Mohamadou) Sumareh, cuma hantaran itu saja yang gagal dihalang," katanya.
Pengendali berpengalaman itu juga menolak pendekatan bertahan dalam perlawanan kedua di Kuantan nanti, sebaliknya mahu mengekalkan falsafah menyerang.
"Walaupun Pahang memiliki gol di tempat lawan, saya yakin TFC mampu meneruskan kemaraan," tambahnya lagi.