Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama: Trio berbisa ketuai jentera serangan Malaysia bertemu Oman

malaysia-oman-new.jpg
Harimau Malaya menurunkan barisan terbaik menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bertemu Oman di Muscat, yang bakal berlangsung pada jam 2 pagi.

Romel Morales, Faisal Halim, Arif Aiman Md Hanapi bakal menjadi tonggak utama untuk memecah benteng akhir Oman yang beraksi di laman sendiri.

Brendan Gan bakal bergandingan bersama Stuart Wilkin di bahagian tengah, manakala Shahrul Saad dan Dominic Tan bakal memainkan peranan selaku pertahanan tengah.
 

Ikuti aksi Malaysia bertemu Oman pada jam 2 pagi menerusi saluran Astro Arena.

Advertisement

Must Watch Video