Perlawanan terakhir minggu kedua Liga Super Malaysia membabitkan pasukan utara, Penang, dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu.

Skuad Harimau Kumbang melakukan tampil dengan kesebelasan yang mirip seperti minggu lepas ketika bertemu Sabah.

Anak buah kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli turun sebagai pasukan tuan rumah dengan misi tiga mata penuh yang pertama selepas sekadar memperolehi satu mata ketika bertemu The Rhinos.

Pasukan pelawat, Terengganu, hadir dengan kesebelasan terbaik di mana pemain kebangsaan, Akhyar Rashid, kembali perkuat pasukan itu selepas kes disamun di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Turut tersenarai, pemain pertahanan, Faris Rifqi, turun menggantikan Mohammad Nor Hakim bin Hassan bagi membantu serangan skuad Sang Penyu.