Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama: Kedah, Selangor tampil barisan terbaik bagi aksi 'Match of The Season'

kedah-selangor.jpg
'Match of the season' Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menerima kunjungan Selangor FC dalam misi kedua-dua pasukan memburu slot ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 sebentar lagi.

 Ketika tiket ACL 2 menjadi rebutan, Kedah menampilkan barisan terbaik menerusi kehadiran penyerang utama, Ifedayo Olusegun yang turun bertemu bekas pasukannya.

Skuad kendalian Nafuzi Zain turut dibarisi Manuel Ott yang bertindak sebagai kapten pasukan sementara Manuel Hidalgo bakal menjadi antara pemain tumpuan buat tuan rumah.



Manakala momentum cemerlang dipamerkan Selangor FC, anak buah bimbingan Tan Chen Hoe kekal dengan barisan terbaik, kehadiran Ayron del Valle, Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal diberikan tanggungjawab untuk merobek gawang Kedah.

Brendan bertindak sebagai enjin skuad Gergasi Merah sementara kelibat Sharul Nazeem Zulpakar diturunkan bersama-sama Safuwan Baharudian di benteng pertahanan.

 

Advertisement

Must Watch Video