Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama: Kedah pertaruh pemain utama demi tiga mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah.jpg
Pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman, mempertaruhkan barisan terkuat di hadapan peminat sendiri untuk memngubati luka selepas dikecewakan oleh Selangor, minggu lalu.

Syafiq Ahmad turun selaku penyerang utama bergandingan bersama Sonny Norde dan Milos Gordic manakala pertahanan berpengalaman, Rizal Ghazali turun sebagai bek-kanan serta Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dipertanggungjawab bertindak sebagai penjaga gol Kedah.

Namun, wajah berbeza Perak, yang kini diperkasakan dengan kehadiran pemain seperti Luka Milunovic, Jesper Nyholm, Adilet Kanybekov, Clayton, Ramadhan Hamid, Tommy Mawat Bada, Luiz Henrique Motta dan Haziq Nadzli, pasti menjanjikan saingan yang lebih menarik.

Advertisement

Must Watch Video