Skip to main content

Bola Sepak

Kes FIFA-FAM akan jadi rujukan masa hadapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afc.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal mengemukakan asas yang bernas untuk mengubah pertuduhan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, menjelaskan isu ini jelas meletakkan FAM di titik terendah dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat isu teknikal menjadi perbualan hangat pada awalnya gagal ternyata.

Malah, kenyataan pemalsuan dokumen menjadi tunjang utama kepada isu memalukan ini.

"Prosidingnya sangat jelas tatkala Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan keputusan awal. 

"Kerana, mereka tidak berpuas hati dengan informasi baharu yang diberikan oleh FAM, pemain atau sebagainya.




"Sudut yang digunakan FIFA di sini adalah integriti sukan. Mengikut 'motivated decision' ini jelas menyatakan integriti sukan telah tercemar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Hakikatnya, Windsor tidak menolak kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya bakal menjadi isi rujukan dalam sejarah bola sepak dunia.

"Mereka (FIFA) perlu mengambil tindakan yang serius untuk menangani masalah ini berlaku pada masa hadapan.

"Kes ini bakal menjadi rujukan pada masa akan datang.

"Kesimpulan yang diberikan, ia amat jelas bahawa FIFA akan terus melakukan siasatan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video