Skip to main content

Bola Sepak

Keputusan penuh undian suku akhir UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bayern.jpg
Juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) Bayern Munich, berdepan aksi ulangan final musim lalu apabila berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam suku akhir bagi edisi 2020-21.

Ketika The Parisians bakal menjadi ujian dalam usaha mereka mempertahankan gelaran, Bayern telah menang setiap perlawanan kalah mati ke atas lawan dari Perancis dalam saingan UCL, termasuk final Ogos lalu.

Real Madrid dan Liverpool bertemu dalam aksi dua perlawanan kalah mati buat kali kedua -- kali pertama menyaksikan Reds menewaskan Los Blancos 2008-09.

Begitu juga, Jurgen Klopp lebih kerap berdepan Real berbanding lawan lain dalam saingan UCL (tujuh), dengan hanya Ottmar Hitzfeld (12) yang lebih kerap menentang mereka dalam pertandingan itu.



Manchester City berdepan Borussia Dortmund, tewas sekali dalam 12 perlawanan berdepan pasukan Jerman dalam UCL, kekalahan itu hadir kepada skuad Bayern kendalian Pep Guardiola pada 2013.

Pertanda sama juga baik untuk Chelsea, yang telah memenangi setiap empat perlawanan tuan rumah sebelumnya menentang Porto, nisbah kemenangan 100 peratus terbaik mereka di Stamford Bridge berbanding mana-mana pasukan di semua pertandingan Eropah.
 

Undian penuh suku akhir:

Manchester City v Borussia Dortmund

Porto v Chelsea

Bayern Munich v Paris Saint-Germain

Real Madrid v Liverpool

Advertisement

Must Watch Video