Kepulangan Neymar akan memberikan suntikan terbaik buat Barcelona, kata pengarah sukan kelab itu, Eric Abidal.
Pada Ogos 2017, bintang Brazil itu meninggalkan Camp Nou menerusi yuran perpindahan termahal dunia, EUR222 juta (RM1.08 bilion) tetapi sering dikaitkan untuk kembali ke Barca.
Minggu lalu, pengendali Barcelona, Quique Setien, berkata dia teruja dengan peluang untuk mengendalikan Neymar dan Abidal percaya perpindahan itu boleh disempurnakan.
Ditanya pendapatnya mengenai kehadiran semula Neymar bersama kelab Catalan itu, Abidal memberitahu Mundo Deportivo: "Saya bersetuju.
"Setien akan berbangga dapat mengendalikan pemain seperti Neymar dan lain-lain nama yang berada di tahap yang tinggi."
Barca kini mengalami masalah di barisan depan selepas kecederaan serius yang dialami Luis Suarez dan Ousmane Dembele tatkala Ansu Fati menyinar dengan dua gol sewaktu menang 2-1 ke atas Levante, minggu lalu.
Bercakap mengenai kesan terhadap Fati jika Neymar kembali ke Barca, Abidal berkata: "Sebab itu perancangan tidak selalunya mudah. Kami berharap dapat memiliki semua pemain hebat tetapi tidak boleh melakukan kesilapan dalam perkembangan pemain.
"Sejak Fati menyertai skuad utama, dia banyak memberi sumbangan. Dalam aksi terakhir LaLiga, dia mempamerkan bakatnya sekali lagi. Dia seorang pemain yang boleh beraksi dalam banyak posisi dan anda perlu mengambil kira tentangnya.
"Saya fikir dia 100 peratus bersama kami, skuad utama dan menyimpan hasrat untuk kekal lama di sini."
Barca mampu menyuntik dana untuk mendapatkan Neymar dengan menjadikan peminjaman Philippe Coutinho ke Bayern Munich kepada perpindahan tetap, di mana gergasi Bundesliga itu boleh memiliki khidmat tonggak Brazil tersebut dengan pilihan yuran EUR120 juta (RM544 juta).
Namun, laporan minggu ini menyatakan Barca sedia untuk mempertimbangkan tawaran bernilai EUR80 juta (RM362 juta).
"Maklumat yang kami terima adalah Bayern sangat gembira dengan Coutinho, sama seperti pemain itu," tambah Abidal.
"Benar, mereka memiliki pilihan untuk membelinya tetapi kami perlu merancang dengan teliti tentang pemain yang bersama pasukan atau sedang dipinjamkan. Lihat nanti."
Editor: Nafis Abdullah