Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, tidak mahu menjadikan kurang waktu rehat sebagai alasan selepas hanya meraih satu mata dalam saingan Liga Super menentang Kuala Lumpur yang berkesudahan 3-3, semalam.
Durakovic meluahkan rasa kecewa dengan prestasi hambar yang ditonjolkan oleh barisan pemainnya selepas melakukan banyak kesilapan sehingga skuad The City Boys berjaya membolosi mereka tiga gol.
Bagaimanapun, Durakovic mahu anak buahnya bangkit dalam aksi menentang PKNP, Sabtu ini, setelah mencatat keputusan seri sebanyak tujuh kali dalam musim ini.
"Sukar untuk kami kerana Perak turun dengan skuad yang kecil tetapi saya tidak mahu memberikan sebarang alasan tetapi jika kami mengelak daripada melakukan kesilapan, Perak seharusnya mudah meraih kemenangan," katanya.
Sementara itu, pengendali Kuala Lumpur, Chong Yee Fat, menggesa anak buahnya untuk meningkatkan tahap kekuatan mental dan mengelak daripada mengulangi kesalahan yang sama dalam setiap perlawanan.
Dalam perlawanan menentang Perak, dua kesilapan besar yang dilakukan oleh pemain pertahanan Kuala Lumpur, Zaiful Hakim, yang menghadiahkan jaringan sendiri dan sepakan penalti kepada pasukan lawan menjadi punca sekadar seri 3-3.
"Salah faham merupakan punca lawan meraih jaringan awal dalam perlawanan ini. Sebelum ini, Kuala Lumpur sering kecewa selepas ketinggalan tetapi saya memuji persembahan mereka dan hampir meraih kemenangan," kata Yee Fatt.