Seorang pemain sudah pasti tidak dapat beraksi manakala kedudukan dua lagi tonggak masih samar-samar apabila Perak turun membuat perhitungan dengan Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
Kenny Pallraj sudah pasti tidak dapat diturunkan kerana penggantungan tatkala ketua jurulatih, Mehmet Durakovic, sedang memantau perkembangan Brendan Gan dan Hussein El Dor akibat kecederaan.
"Saya mahu lihat dahulu perkembangan Brendan dan El Dor sebelum membuat keputusan mengenai kedudukan mereka.
"Saya berharap sekurang-kurangnya Brendan dapat diturunkan malam esok," kata Durakovic sebelum bertolak ke Shah Alam, pagi tadi.
Kecuali trio itu, jurulatih itu berkata Perak sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan berkenaan.
Beliau berharap dapat merencanakan kejayaan The Bos Gaurus bagi menamatkan kemarau 15 tahun selepas kali terakhir menjulang trofi Piala FA setelah menewaskan Terengganu 3-0 di pentas akhir edisi 2004.
"Sudah terlalu lama Perak menjulang piala itu. Jika boleh, kami mahu menamatkan kemarau panjang itu," tambah Durakovic.
Jurulatih itu mengharapkan sokongan padu pemain ke-12, iaitu penyokong, bagi menyuntik semangat pasukan Perak.