Pertahanan Perak FC, Kenny Pallraj, menafikan bahawa isu gaji membelenggu Perak FC hingga menjejaskan prestasi mereka di atas padang.

Kenny ada hujah tersendiri mengapa Perak gagal menyerlah seperti kebiasaan musim lalu.

Tegas anak jati negeri utara itu apabila di atas padang, isu gaji bukan lagi keutamaan dengan pemain memberikan yang terbaik dalam memastikan kejayaan.

"Kami tidak berselindung bahawa Perak FC mengalami masalah gaji tapi ia tidak menjejaskan permainan kami.

"Ada pemain yang sanggup bermain sampai mengalami kecederaan.

"Kalau (isu gaji) ada dalam pemikiran kami, mengapa kami masih beraksi," katanya.


Kesebelasan utama ? UiTM FC ? Bangkit Bangkit! ? ??? #PRKUITM #KejorrYobKejorr #KejorrYobSkorr #100TahunPerak

Posted by Perak FC on Wednesday, April 7, 2021


Cuma malangnya, Perak masih sukar untuk mencari rentak permainan sebenar dan kekalahan musim ini amatlah tipis dan tiada bukti yang menunjukkan pemain sengaja merosakkan permainan berikutan masalah kewangan yang dihadapi.

"Kesan itu di luar padang, tidak ada kena mengena dengan prestasi di atas padang.

"Apabila pulang ke rumah dan mula memikirkan bebanan, itu menjadi satu tekanan.

"Tetapi saya nafikan kalau ada pihak yang menuduh persembahan kami terjejas kerana gaji."