ARSENAL 2 MANCHESTER UNITED 0
Pengendali Arsenal, Arsene Wenger, menyifatkan Arsenal telah meraih kemenangan yang penting ke atas Manchester United apabila gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi ketika berdepan Tottenham minggu lalu.
Jaringan pembukaan Granit Xhaka pada minit ke-54 dan tandukan Danny Welbeck tiga minit kemudian memastikan kemenangan 2-0 di Stadium Emirates malam tadi, sekaligus menamatkan rentetan 24 perlawanan tanpa kalah United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ia juga memberikan Wenger kemenangan yang dinanti-nanti ke atas Mourinho -- namun perkara itu bukan keutamaan buatnya pada masa ini.
"Saingan ini melibatkan dua pasukan, bukan individu," kata Wenger.
"Ia merupakan kemenangan yang penting kerana kami tewas kepada Tottenham. Ia adalah perkara yang jarang-jarang berlaku kepada kami.
"Anda berdepan Man United dan kami tidak boleh menerima kekalahan.
"Baru-baru ini, kami berjaya mengatasi Middlesbrough, Leicester City, Manchester City dalam separuh akhir Piala FA, dan kami meraih kemenangan dalam perlawanan ini."