BOLA SEPAK MSIA
Kemenangan penuh emosi buat Christopher Raj
Christopher Raj menyifatkan pemilihannya selaku ahli exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai satu kejayaan yang penuh emosi.
Ini kerana beliau pernah berkhidmat untuk FAM sebagai pegawai media, sekali gus menyaksikan perlantikannya itu ibarat sirih pulang ke gagang.
"Saya pernah bertugas di FAM selama 11 tahun dan kini saya kembali sebagai ahli exco. FAM adalah seperti rumah kedua saya.
Iklan
"Saya akan memberikan yang terbaik untuk menjalankan tugas saya dan berkongsi pengalaman saya dengan ahli-ahli exco yang lain," katanya.
Pemilihan bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Salleh, juga mencuri tumpuan, seolah-olah memberi petanda positif terhadap senario dan mutu pengadilan bola sepak tempatan selepas ini.
"Kami akan menyuarakan kepada penekanan terhadap pembangunan sistem pengadilan di Malaysia. Pengadil juga memerlukan sistem akar umbi yang sama seperti yang disediakan untuk pemain-pemain," jelasnya.
Must-Watch Video