Skip to main content

Bola Sepak

Kemenangan penuh emosi buat Ancelotti

carlo-ancelotti-gennaro-gattuso.jpg
Carlo Ancelotti memuji keazaman Napoli apabila bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan AC Milan 3-2 dalam aksi Serie A, semalam.

Jaringan daripada Giacomo Bonaventura dan Davide Calabria menyaksikan Rossoneri mengetuai permainan di Stadio San Paolo.

Tetapi dua jaringan Piotr Zielinski dan gol kemenangan Dries Mertens pada minit ke-80 memastikan tiga mata buat tuan rumah, memberikan jurulatih Partenopi itu mengatasi bekas kelab kendaliannya, Milan.

"Milan telah bermain dengan cemerlang. Selepas kami ketinggalan 2-0, kami tetap menampilkan permainan yang penuh bersemangat dan percaya dengan kebolehan masing-masing," katanya.

"Saya memiliki kenangan indah bersama bekas pemain saya. Tetapi bersama Gattuso, terdapat sesuatu yang istimewa. Hari ini adalah hari yang penuh emosi buat saya. Kami sangat bertuah kerana dapat mengalaminya dan saya tidak perlu membayar tiket!

"Milan tidak memberikan ancaman ketika menyerang tetapi mengejutkan pasukan dengan dua jaringan. Kami telah mengubah strategi dan ia mendorong pasukan untuk meraih kemenangan."

Selepas pasukannya gagal mengekalkan kelebihan dua jaringan, Gattuso bagaimanapun enggan memberikan kesalahan terhadap pemain-pemainnya.

"Kekecewaan terbesar adalah kami gagal memastikan perlawanan beraksi dengan keputusan 2-1," kata Gattuso.

"Kami gagal memberikan impak dalam perlawanan, saya agak terkilan.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya kerana pasukan tidak cukup berani dalam perlawanan ini. Ia adalah kesilapan saya."

Advertisement

Must Watch Video