Skip to main content

Bola Sepak

Kemenangan di Elland Road lambang keharmonian Man United

ronaldo-s.jpg
LEEDS UTD 2 MAN UTD 4 

Ralf Rangnick menyifatkan kemenangan mendebarkan Manchester United ke atas Leeds United sebagai jawapan terbaik kepada laporan mengenai perpecahan mereka. 


The Red Devils mencatat kemenangan 4-2 ke atas seteru klasik mereka itu dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road, malam tadi. 

Gol separuh masa pertama daripada Harry Maguire dan Bruno Fernandes meletakkan pelawat selesa menerajui perlawanan, tetapi dua gol pantas daripada Rodrigo dan Raphinha menyamakan kedudukan buat Leeds, kurang sejam usia permainan. 

Bagaimanapun, pemain gantian, Fred dan Anthony Elanga, kedua-duanya menemui sasaran pemusnah untuk memastikan kemenangan berturut-turut buat anak buah Rangnick itu. 




Kemenangan itu hadir selepas ketua pasukan, Maguire, dan Marcus Rashford terpaksa tampil menafikan secara terbuka mengenai artikel yang mengatakan keadaan berantakan dalam kalangan skuad Rangnick itu.

Bercakap dalam sidang akhbar, pengurus sementara itu berkata: "Kami tahu hari ini adalah satu kemenangan penting, sama seperti ketika menentang West Ham, emosi yang sama di penghujungnya apabila kami meledak gol pada saat terakhir perlawanan.

“Hari ini lebih penting, bukan sahaja kami menang malah cara kami bertindak balas selepas melepaskan gol penyamaan, ia adalah jawapan terbaik yang boleh diberikan oleh pasukan.

"Ia adalah sempurna daripada segi kematangan dan perpaduan, ia jawapan terbaik yang mereka boleh tawarkan kepada beberapa artikel minggu lalu bahawa wujud gangguan di bilik persalinan.

"Perlawanan seperti hari ini, anda hanya boleh menang sebagai sebuah pasukan dan mentaliti sebuah pasukan. Selain daripada tiga mata, ini adalah perkara paling penting buat saya."

Advertisement

Must Watch Video