Ketua jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, menyifatkan kemenangan 1-0 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia semalam amat bermakna meskipun hanya menang tipis.
Katanya, ia meningkatkan keyakinan pasukan Sang Penyu itu melangkah ke Stadium Larkin, Johor Bahru untuk perlawanan timbal balik bagi penentuan ke final Piala Malaysia.
“Walaupun kami hanya menang tipis, ini satu petanda yang baik kepada saya dan pasukan apabila kami berjaya mencatat kemenangan sebelum aksi separuh akhir kedua nanti yang lebih mencabar.
“Bagaimanapun, kita tengok percaturan di sana nanti macam mana. Mungkin bahagian tengah perlu diperkemaskan lagi kerana dalam separuh masa pertama, kita lihat ada sedikit kelonggaran,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
Dalam perlawanan mendebarkan itu, Skuad Penyu mencatat kemenangan ke atas juara bertahan, JDT, hasil jaringan pemain gantian, Abdul Malik Mat Ariff, pada minit ke-78.
Irfan berkata kemenangan tipis itu juga dilihat mampu memberikan semangat kapada pasukan itu yang bercita-cita menamatkan kemarau enam tahun ke final Piala Malaysia.
-- BERNAMA
Imej: Asiana