Skip to main content

Bola Sepak

Kemaluan bekas pemain Barcelona cedera digigit anjing

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

carles-perez.jpg
Bekas produk remaja Barcelona, Carles Perez, terlepas perlawanan kelayakan Liga Persidangan Europa selepas terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kemaluannya digigit anjing, demikian kelab itu mengesahkan.

Berdasarkan laporan Marca, kejadian malang itu berlaku ketika membawa anjing peliharaannya bersiar-siar di sekitar pangkalan kelabnya, Aris Thessaloniki, Thermi di Greece.

Namun, tindakan pemain berusia 27 tahun itu ketika cuba meleraikan perkelahian anjingnya dengan seekor anjing lain berakhir dengan dia digigit di bahagian kemaluan dan berkemungkinan memerlukan pembedahan. 

Bagaimanapun, situasi sebenar pemain pinjaman Getafe itu belum diketahui termasuk berapa lama dia akan tersisih akibat kemalangan ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video