Skip to main content

Bola Sepak

Apa jadi? Kontroversi paling besar! Aksi bertukar panas, 51 kad merah dilayangkan, 40 minit pergaduhan

Mamore
Advertisement

Perlawanan bola sepak bertukar medan perang. Pecah rekod layangan kad merah terbanyak dalam dunia.

Rekod dunia telah dipecahkan bagi jumlah kad merah dalam satu perlawanan di Brazil iaitu Kejohanan Bawah 20 Tahun (B-20) Minas Gerais antara Uberlandia dan Mamore menyaksikan 51 individu diarahkan keluar padang, merangkumi 43 pemain dan lapan anggota barisan kejurulatihan.

Advertisement

Satu pergaduhan besar-besaran yang tercetus pada minit ke-54 menyebabkan pengadil mencatat rekod baharu bagi jumlah layangan kad merah terbanyak dalam satu aksi, mengatasi rekod yang telah bertahan sejak tahun 2011.

Laporan pengadil menyatakan bahawa kekecohan itu tidak melibatkan pasukan sahaja, malah enam pengutip bola dilaporkan turut terlibat dalam keganasan tersebut, dengan melayangkan tumbukan, sepakan, serta melontarkan objek ke arah pemain dan anggota barisan kejurulatihan Mamore.

Advertisement

Pengusung dan kerusi turut digunakan dalam perbalahan yang mengambil masa hampir 40 minit untuk reda, manakala pegawai keselamatan tempatan terpaksa hadir bagi menilai kerosakan harta benda di dalam stadium setelah keadaan kembali tenang.

Polis dan tentera negara berkenaan difahamkan sedang melakukan siasatan dan mencari punca pergaduhan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video