Skip to main content

Bola Sepak

Keluar-Masuk: Syafiq Ahmad jadi rebutan trio utara Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syafiq-ahmad.jpg
Syafiq Ahmad perlu memilih destinasi yang menawarkannya minit permainan untuk musim 2024/25. 

Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri -- dalam rancangan Keluar-Masuk di Astro Arena801 yang dihoskan oleh Hafizal Hamad , sebentar tadi  -- berkata penyerang berusia 28 tahun itu harus menentukan hala tuju kariernya dengan tepat apabila dikhabarkan menarik minit trio utara, Penang FC, Kedah Darul Aman dan Perak FC. 

Begitupun, masalah kewangan juga bakal memainkan peranan selepas dia tidak menyambung kontrak di Johor Darul Ta'zim (JDT). 

"Masalah gaji memang penting tapi apa yang lebih penting ialah perancangan jurulatih," katanya. 

Sang Seladang antara yang rancak memperkuatkan barisan dan terbaru, mengikat penjaga gol, Ramadhan Hamid dan bekas pemain Kelantan United, Ariff Ar-Rasyid Ariffin.
 

Advertisement

Must Watch Video