Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, mengambil pendekatan berhati-hati dengan tonggak luar biasa AS Monaco, Kylian Mbappe, dan serangan berbisa pasukan Ligue 1 itu.
Juara Serie A itu akan berkunjung ke Stade Louis II, awal pagi esok, bagi perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara.
Diketuai oleh Radamel Falcao dan Mbappe, Monaco telah mencatat jumlah jaringan menakjubkan, iaitu 95 gol dalam 34 perlawanan liga.
Allegri berkata, beliau sedar kualiti serangan skuad kendalian Leonardo Jardim itu menjelang pertembungan mereka nanti.
"Rekod menyerang Monaco sudah membuktikannya. Saya tidak tahu berapa banyak gol telah mereka jaringkan tetapi saya sedar ia banyak," katanya.
"Mereka bermain secara berpasukan. Falcao adalah pemain berpengalaman, Mbappe pula luar biasa. Dia sangat pantas dan mempunyai kualiti teknikal yang besar.
"Bernardo Silva turut cemerlang. Mereka berkembang pesat sejak kali terakhir kami menentang mereka, dua tahun lalu.
"Mereka adalah sebuah pasukan mantap, bukan sahaja kerana mereka sangat teratur tetapi juga kerana mereka memiliki pemain yang hebat."
Falcao dan Mbappe, 18, telah menjaringkan 52 gol antara mereka dalam semua kejohanan musim ini.