Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan UCL: Midtjylland bangkit musnahkan impian Celtic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

midtjylland.jpg
MIDTJYLLAND 2 CELTIC 1
(Midtjylland menang dengan agregat 3-2)

Celtic berdepan satu lagi igauan ngeri dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas Midtjylland bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 dalam masa tambahan pusingan kelayakan kejohanan itu awal pagi tadi.

Gol gemilang Callum McGregor meletakkan The Hoops di depan pada awal babak kedua perlawanan timbal balik itu selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di MCH Arena dalam perlawanan pertama.

Awer Mabil menyamakan kedudukan menerusi gol tandukannya sebelum  Raphael Onyedika memastikan kemenangan pasukan dari Denmark itu untuk kini mencongak perhitungan dengan PSV.

Celtic tersingkir di peringkat sama seperti musim lalu dan kini akan melalui pusingan kelayakan Liga Europa menentang wakil Republik Czech, Jablonec.
 
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 20 Jan
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Club Brugge-team-logo Club Brugge

Must Watch Video