Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Tiket lawan Chinese Taipei dijual Sabtu ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-2024.jpg
Tiket bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia membabitkan di antara Harimau Malaya dan Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Jun depan, boleh mula didapati bermula awal bulan depan. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan tiga kategori bagi tiket perlawanan keenam pusingan kedua kelayakan itu yang boleh dibeli menerusi www.tickethotline.com.my.




Harga bagi tempat terbuka ialah RM40, grandstand RM60 sementara premium RM80. 

Malaysia akan mengharungi perlawanan kelima di Bishkek bertemu Republik Kyrgyz pada Khamis depan sebelum pulang ke tanah air untuk baki misi kelayakan di tempat sendiri. 
 

Advertisement

Must Watch Video