Malaysia akan membuka kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.
Sudah pasti kehadiran 'ekor' Harimau Malaya diperlukan bagi menyemarakkan semangat skuad negara dalam usaha meraih kemenangan pertama saingan Kumpulan D berkenaan.
Bagaimanapun, buat yang tidak berkesempatan ke stadium, anda tidak perlu risau kerana perlawanan itu turut akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan prarancangan pada jam 8.00 malam.
Muzaffar Musa
Thu Nov 16 2023