Stadium My Dinh menjadi lubuk seterusnya buat pasukan Garuda melanjutkan rentetan kemenangan kali ketiga mereka ke atas skuad Golden Star Warriors.

Gol awal skuad Garuda hadir dari sepakan sudut yang berjaya disudahkan oleh Jay Idzes yang melompat untuk menjaringkan gol dengan tandukan, sekaligus menewaskan penjaga gol Filip Nguyen.

Tidak cukup dengan itu selang 14 minit kemudian Indonesia sekali lagi cemerlang menjaringkan gol kedua dan kali ini Ragnar Oratmangoen menjaid duri dalam daging buat pasukan Vietnam.

Bagi menyerikan lagi kemenangan mereka, Ramadan Sananta melengkapkan kemenangan penuh bergaya sekaligus memastikan 3-0 buat pelawat.

Sedikit trivia, ini adalah gol pertama Oratmangoen untuk Indonesia sejak penaturalisasiannya pada 18 Mac.

Sebelum ini dia tidak menjaringkan sebarang gol dalam mana-mana perlawanan sejak 2021.

Indonesia kini dalam landasan terbaik untuk layak ke peringkat seterusnya kerana berjaya mengutip 7 mata untuk berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan F. Iraq berada di kedudukan pertama dengan 12 mata maksimum.