Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Dua jaringan lewat hukum pintu gol Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krygyzstan-vs-malaysia.jpg
MALAYSIA 1 KRYGYZSTAN 2

Kekalutan di penghujung separuh pertama menyaksikan Harimau Malaya mensia-siakan kelebihan awal yang diberikan oleh Dions Cools sebelum Kayrat Zhyrgalbek dan menjadikan kedudukan 2-1 menuju waktu rehat. 

Harimau Malaya pada mulanya mempamerkan penguasaan penuh dalam separuh masa pertama melawan Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi. 

Dions cools memberi kelebihan awal buat negara dalam pertembungan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 itu selepas menanduk tepat sepakan penjuru Arif Aiman Hanapi pada minit ke-7.

Barisan negara memiliki beberapa lagi kesilapan menarik terutama yang dijana dari sebelah sayap yang menyaksikan Darren Lok tidak dapat membuat penyudah sempurna untuk umpanan Matthew Davies selepas suku jam pertama permainan. 



Dalam masa sama, Arif Aiman sempat mencetuskan kontroversi pada minit-18 gara-gara reaksinya menolak jatuh Gulzhigit Alykulov selepas pemain lawan itu menguis kakinya hingga mengundang kedua-dua pemain mengutip kad kuning. 

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan agendanya memberikan tekanan kepada benteng lawan yang terpaksa bertumpu di dalam kotak penalti sendiri, malah kelincahan Faisal Halim turut memaksa kad amaran kedua kepada pemain The White Falcons.

Namun, Cools turut menempah hukuman sama pada minit ke-35 akibat tindakannya yang kurang semangat kesukanan menyepak bola biarpun pengadil sudah memberikan sepakan percuma. 

Apa pun, dua gol dalam tempoh dua minit mencerminkan kerapuhan pertahanan negara yang mnenerapkan tiga pertahanan untuk melepaskan dua gol lewat. 




 

Advertisement

Must Watch Video