Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Aksi dramatik Harimau Malaya gegar SNBJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dions-cools.jpg
MALAYSIA 4 KRYGYZSTAN 3

Arif Aiman Hanapi menjadi watak pemusnah ketika Harimau Malaya membenam Kyrgyzstan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, sebentar tadi. 


Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mencipta empat bantuan gol ketika skuad negara menang 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 

Dions cools memberi kelebihan awal buat negara dalam pertembungan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 itu selepas menanduk tepat sepakan penjuru Arif Aiman pada minit ke-7.

Barisan negara memiliki beberapa lagi kesempatan menarik terutama yang dijana dari sebelah sayap yang menyaksikan Darren Lok tidak dapat membuat penyudah sempurna untuk umpanan Matthew Davies selepas suku jam pertama permainan. 




Dalam masa sama, Arif Aiman sempat mencetuskan kontroversi pada minit-18 gara-gara reaksinya menolak jatuh Gulzhigit Alykulov selepas pemain lawan itu menguis kakinya hingga mengundang kedua-dua pemain mengutip kad kuning. 

Doa meneruskan agendanya memberikan tekanan kepada benteng lawan yang terpaksa bertumpu di dalam kotak penalti sendiri, malah kelincahan Faisal Halim turut memaksa kad amaran kedua kepada pemain The White Falcons.

Namun, Cools turut menempah hukuman sama pada minit ke-35 akibat tindakannya yang kurang semangat kesukanan yang menyepak bola biarpun pengadil sudah memberikan sepakan percuma. 

Dengan menerapkan tiga pertahanan tengah, dua gol dalam tempoh dua minit mencerminkan kerapuhan posisi berkenaan. 

Situasi itu meniup keyakinan kepada Kyrgyzstan untuk menggugat gawang tuan rumah buat kali ketiga sebaik permainan bersambung. 

Keresahan itu menjadi kenyataan apabila pintu gol negara yang dikawal Syihan Azmi Mohamed bagaikan dipersendakan ketika dirobek Kai Merk selesa menyudahkan peluang pada minit ke-51. 

Selepas beberapa ketika hilang arah yang memaksa Pan-gon menggunakan tiga penggantian dan percaturan itu mengubah rentak negara apabila rembatan dari tepi padang Arif Aiman melepasi garisan gol akibat tampanan Khristiyan Brauzman untuk jaringan sendiri pada minit ke-72.

Dan Cools menyelamatkan maruah negara dengan satu lagi lonjakan tinggi menerusi bola pegun yang disepak Arif Aiman untuk menjadikan kedudukan 3-3 pada minit ke-77. 

Nama Arif Aiman meniti semula di bibir penyokong negara apabila umpanannya mencipta larian buat Faisal Halim untuk gol kemenangan pada masa kecederaan walaupun hampir Kyrgyzstan membuatkan kem negara berputih mata sebelum wisel penamat ditiupkan. 

Advertisement

Must Watch Video