Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Tiada lagi istilah eksperimen buat Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Tiada lagi istilah eksperimen dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 walaupun Kim Pan-gon dilihat tidak memiliki kesebelasan utama tertentu. 

Selepas dua perlawanan Kumpulan D, pengendali kebangsaan itu menerapkan pendekatan berbeza ketika menghadapi Republik Krygyzstan dan Chinese Taipei. 

Justeru, Datuk Zainal Abidin Hassan percaya Pan-gon mempunyai resepi tertentu dalam percaturannya membabitkan pilihan pemain dan formasi. 

Sehubungan itu, semua pihak harus memberi ruang buat Pan-gon dan terus menaruh kepercayaan tinggi untuknya memacu bola sepak negara yang kini mengharungi dua tugasan penting, kempen Piala Asia Januari depan dan peringkat kelayakan yang akan bersambung Mac depan. 

"Jurulatih ada strategi (mengenai) gandingan tertentu, (bergantung) kepada pihak lawan selain pemain yang perlu dirantai.

"Ini adalah kejohanan, bukan lagi perlawanan persahabatan. 

"Tiada lagi percubaan. Kim Pan-gon tahu senjata yang mahu digunakannya," katanya dalam pasca rancangan siaran langsung perlawanan malam tadi. 

Tambah bekas penyerang negara, Nizaruddin Yusof: "Jurulatih yang bagus bukan hanya mempunyai 1-2 taktikal sahaja. 

"Dengan pemain yang ada, dia mempunyai bahan untuk menukar taktikal yang dikehendakinya. 

Kalau ada peluang untuk menjaringkan gol, seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin." 

 

Advertisement

Must Watch Video