Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Shin Tae-yong rungkai sebab kekalahan pasukan Indonesia

shin-tae-yong_1.jpg
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong merungkai sebab kekalahan pertama Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang China, malam tadi.

Indonesia yang telah berjaya mencatat 3 keputusan seri menentang Arab Saudi, Australia, dan Bahrain terpaksa menelan hakikat menemui kekalahan pertama mereka di tangan China dengan jaringan 1-2.

Usai perlawanan, Shin Tae-yong menjelaskan bahawa kekalahan tersebut berpunca daripada taktik pasukan China yang menerapkan gaya permainan yang sukar diduga berbanding perlawanan mereka sebelum ini.

Hal ini kerana, pasukan China bermain taktik klasik seperti membuat hantaran-hantaran jauh, serta kick and rush. Namun, beliau turut menegaskan tidak mahu menjadikannya sebagai alasan kekalahan pertama mereka dalam kumpulan ini.

Bagi dua perlawanan seterusnya, Indonesia akan bermain di halaman sendiri menentang pendahulu kumpulan C, Jepun pada 15 November dan Arab Saudi pada 19 November depan.

Advertisement

Must Watch Video