Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Rashford, Saka terlepas aksi England lawan Albania, Poland

marcusrashford.jpg
Marcus Rashford dan Bukayo Saka akan diketepikan England dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Albania dan Poland.

Penyerang Manchester United, Rashford, dan pemain sayap muda Arsenal, Saka, terlepas perlawanan pembukaan Kumpulan I, di mana England menewaskan San Marino 5-0 di Wembley, Khamis lalu.

Rashford dan Saka juga tidak akan diturunkan ketika pasukan mereka menentang Albania di Tirana  malam esok dan perlawanan menentang Poland di laman sendiri Rabu depan selepas masing-masing mengalami kecederaan kaki dan paha.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak England (FA) berkata: "Marcus Rashford dan Bukayo Saka tidak akan mengambil bahagian dalam perlawanan England dalam pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2020 sepanjang dua minggu ini.

"Rashford melaporkan diri di St. George Park dengan kecederaan yang turut menghalangnya daripada beraksi ketika menewaskan San Marino 5-0. Selepas pemeriksaan lanjut, adalah diputuskan bahawa dia akan meneruskan sesi pemulihannya di Manchester United.

"Saka pula kekal di Arsenal bagi menjalani pemeriksaan lanjut berikutan kecederaan berpanjangan dan berharap dapat menyertai The Three Lions tetapi buat masa ini, dia tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Albania dan Poland."

Dominic Calvert-Lewin menjaringkan dua gol ketika menewaskan San Marino manakala James Ward-Prowse, Raheem Sterling dan pemain baru, Ollie Watkins, turut tersenarai selaku penjaring untuk England memulakan kempen kelayakan di Qatar dengan kemenangan bergaya.
 

Advertisement

Must Watch Video