Skuad kendalian itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, pagi tadi, dan ketua jurulatih, Jaroslav Silhavy, enggan membuat rumusan awal mengenai cabaran tersendiri yang bakal mereka hadapi dalam perteman keempat Kumpulan D, kelayakan Piala Dunia/Piala Asia itu.
Oman merakamkan kemenangan 2-0 di Muscat dan secara tidak langsung berhasrat untuk meneruskan momentum itu bagi mengekalkan pendahuluan di peringkat kumpulan.
Oman dah sampai geng, tengok lenggok badan, borak dengan pemain & backroom staff memang confident habis.
— karlnunis (@_karlnunis) March 24, 2024
Xpe, tu perkara yang kita tak boleh kawal, ape yang kita boleh kawal ?
Ayuh penuhkan SNBJ Ekor Harimau Sejati ?@ASTROARENA pic.twitter.com/AotO8w06Vq
"Kita tengok macam mana (keadaan padang SNBJ) kelak.
"Apa pun, perjalanan jauh tidak merencatkan semangat kami," katanya ringkas.