Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Farizal akui tugas sukar sebagai kapten

farizal-marlias.jpg
Penjaga gol skuad negara, Farizal Marlias, mengakui memikul tanggungjawab besar sebagai kapten Harimau Malaya dengan perlu memastikan pasukannya mampu melangkah jauh dalam pusingan kelayakan ke Piala Dunia Qatar 2022.

Farizal diberi kepercayaan untuk menyarung lilitan kapten selepas ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, menggugurkan Zaquan Adha Abdul Radzak.

Ia sememangnya pilihan yang tepat memandangkan Farizal merupakan antara pemain paling senior dan mempunyai pengalaman luas di pentas antarabangsa.

Begitupun, dia berdepan cabaran hebat susulan tugasan skuad negara kali ini akan menentukan nasib Malaysia dalam pusingan kelayakan ke Piala Dunia.

"Apa yang penting, pemain dapat memberikan komitmen yang tinggi di atas padang.

"Kami sedar perkara itu bukannya mudah, lagipun kami akan beraksi pada hari raya.

"Saya berharap semua pemain yang terpilih akan memberikan 100 peratus dalam perlawanan," katanya.

Sebagai rekod, skuad negara terpaksa beraksi dalam saingan 'play-off' dengan menentang Timor Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 dan 11 Jun ini kerana gagal berada dalam kelompok 34 pasukan terbaik Asia.

"Kombinasi pemain senior dan muda akan memberikan impak yang positif.

"Kita sedia maklum, pemain muda ini juga memiliki kebolehan masing-masing.

"Kita perlu menggunakan kebolehan dan kelebihan itu untuk memberikan permainan yang berbeza dengan impak yang baik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video