Skuad bola sepak Chinese Taipei tekad mahu mempertahankan rekod baik menentang Malaysia dan juga rekod cemerlang mereka di gelanggang sendiri.

Gendang perang tampak sudah dipalu dengan meminta peminat Chinese Taipei membanjiri Stadium Trek dan Padang Taipei, yang menjadi venue pertandingan pada 21 November ini.

Menerusi facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Chinese Taipei (CTFA) sudah ada kata-kata semangat menjelang pertemuan itu nanti.

"Ini gelanggang kita sendiri dan kita memerlukan peminat dan rakan-rakan untuk hadir ke stadium memberi sokongan dan menang bersama kami,' kata ketua jurulatih Chinese Taipei, Gary White.




Selain itu kumpulan penyokong The Blue Wings juga sudah bersiap sedia untuk membingitkan stadium dalam menaikkan semangat pasukan mereka.