Pemain pertahanan kiri Sabah FC, Daniel Ting, yang sebelum ini berada dalam Senarai bersedia, dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan, hari ini.

Daniel dipanggil bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada 16 November dan Chinese Taipei pada 21 November 2023.



Daniel menggantikan Azam Azmi Murad dari Terengganu FC yang hadir melapor diri, Jumaat lalu tetapi terpaksa dilepaskan, semalam selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kebimbangan kecederaan pada lututnya.

Dengan ketiadaan Azam, posisi pertahanan kanan akan diisi oleh Matthew Davies dan Syahmi Safari yang mana Syahmi sebelum ini dipersiapkan untuk bersama-sama La'Vere Corbin-Ong di posisi pertahanan kiri.