Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2026: Korea Selatan berputih mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

korea-vs-palestine.jpg
Hasrat Korea Selatan untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi pertama mereka pada Kelayakan Piala Dunia ketika aksi menentang Palestine tidak kesampaian apabila sekadar perlu berpuas hati dengan berkongsi satu mata sahaja selepas terikat tanpa jaringan.

Walaupun Korea Selatan turun selaku pasukan pilihan yang dibarisi oleh barisan pemain bintang dunia namun ia tidak langsung menggentarkan Palestine.

Bahkan setiap serangan yang dilancarkan oleh Korea Selatan kelihatan mudah dipatahkan oleh pertahanan Palestine hingga buntu meledakan gol pembukaan perlawanan.

Keputusan 0-0 itu menyaksikan Korea Selatan kini menduduki tangga keempat Kumpulan B di belakang Kuwait, Jordan dan Iraq yang kini memimpin carta kedudukan kumpulan itu.

Selepas ini Korea Selatan bakal berdepan dengan Oman dalam aksi perlawanan kedua mereka sementara Palestine pula akan menentang Jordan pada 10 September ini.

Advertisement

Must Watch Video