Sungguhpun mengakui Harimau Malaya sebagai pasukan berkualiti, pengendali Jordan, Vital Borkelmans, tidak berselindung dengan kelemahan ketara yang dimiliki barisan pemain Tan Cheng Hoe itu berdasarkan persembahan kedua-dua pasukan, malam tadi.
Jordan hadir dengan reputasi hebat selaku pasukan di ranking ke-99 dunia ketika berdepan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Diramal mampu menjinakkan skuad negara, pasukan yang beraksi dalam Piala Asia 2019 itu bagaimanapun sekadar menang tipis hasil jaringan tunggal Saeed Morjan.
Ditanya mengenai aksi anak buah Cheng Hoe selepas skuad Jordan tidak menjangka diberi tentangan hebat, ini reaksinya.
"Pemain Malaysia mempunyai kualiti tetapi daripada apa yang kita dapat lihat, hantaran akhir ketika menyerang tidak menjadi.
"Selain itu, jurulatih (Tan Cheng Hoe) mampu melakukan sesuatu pada masa depan," katanya yang akan berkunjung ke Taiwan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022, Khamis depan.
Bekas jurulatih Belgium tersebut percaya skuad negara mampu berada di tahap lebih baik sekiranya kelemahan itu diperbaiki.
Keyakinan Borkelmans juga hadir menerusi sokongan padu yang diberikan penyokong terhadap skuad kebangsaan ketika ini.
"Saya mempunyai karier yang panjang sebagai pemain, malah pernah bertindak dalam kejurulatihan pasukan Belgium.
"Apa yang saya nampak hari ini (malam tadi), saya mahu menghamburkan pujian terhadap penyokong Malaysia.
"Walaupun dalam situasi buruk, mereka tetap memberi sokongan kepada pasukan sendiri."