Danial Amier Norhisham mengakui perasaan terlalu mahu membuktikan sesuatu kepada Tan Cheng Hoe memakan diri apabila menyebabkannya beraksi gugup ketika menentang Jordan dalam aksi pemanas badan, malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, bekas kapten skuad B-23 negara itu, yang membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa, hanya diberi peluang beraksi dalam tempoh 45 minit pertama.
"Saya tidak berpuas hati dengan persembahan sendiri, saya agak gugup pada awal 15 minit pertama.
"Banyak lagi (aspek) yang perlu diperbaiki.
"Secara peribadi, ini satu pengalaman yang bagus untuk saya (berkesempatan) beraksi di tahap perlawanan antarabangsa seperti ini ," katanya.
Apapun, aksi ujian itu sememangnya menjadi pengajaran berguna buat Harimau Malaya menjelang aksi pembukaan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Sementara itu, pertahanan negara, Shahrul Saad, mengakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, terutama dalam memantapkan lagi benteng dan serangan menjelang pertemuan dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis depan.
"Kami melaksanakan perancangan jurulatih, cuma tiada rezeki di depan gol.
"Tetapi saya berasakan kami akan teruskan berusaha (menambah baik kualiti permainan), beberapa hari lagi sebelum perlawanan berdepan Indonesia," katanya.