Tonggak tengah Turkmenistan, Resul Hojayev, mengakui tidak gentar untuk berdepan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam saingan kelayakan Piala Asia esok.
Bagi pemain berusia 25 tahun itu, dia dan rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan kempen kelayakan Piala Asia Kumpulan E dengan langkah kanan.
Resul dalam perkembangan sama, tidak menganggap Turkmenistan memiliki kelebihan besar daripada segi fizikal kerana baginya, percaturan taktikal ketua jurulatih bakal jadi penentu utama pada aksi penting itu nanti.
"Sebelum tiba di Malaysia, kami telah berlatih di Thailand dan segalanya berjalan dengan lancar. Kami sudah bersedia untuk perlawanan esok," katanya menerusi Nadi Arena.
"Kami sudah bersedia beraksi di hadapan penyokong lawan yang ramai, ia telah menjadi kebiasaan bagi kami.
"Kelebihan fizikal bukan perkara utama, kerana setiap pemain perlu mengikut perancangan yang ditetapkan dan kami hanya mahu menang berdepan Malaysia."